RedMagic 12 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 10 November 2026, jam 8 malam. Peranti permainan terbaru ini membawakan skrin 185Hz dan sistem penyejukan cecair dua gelung untuk cip serta bateri.

Untuk spesifikasi, RedMagic 12 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Turut dimuatkan ialah cip permainan RedCore R5 dan cip paparan G1.
Pada bahagian depan, peranti ini menggunakan skrin AMOLED BOE bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 2688 x 1216 piksel. Skrin ini menyokong kadar segar semula sehingga 185Hz, namun sokongan dalam permainan bergantung pada pengoptimuman setiap judul.
Sistem penyejukan AquaCore 3.0 pula menggabungkan penyejukan cecair dua gelung, plat vapor chamber dan kipas 25,500 RPM. Aliran cecair pada bahagian belakang turut diserikan dengan pencahayaan RGB.
Dimuatkan dengan bateri 8400mAh yang menyokong pengecasan berwayar dan tanpa wayar sehingga 80W, seperti disenaraikan pada laman rasmi Malaysia.
Untuk kamera, ia menggunakan sensor utama 50MP dengan OIS, kamera Ultrawide 50MP dan swafoto 16MP. Peranti ini menjalankan RedMagic OS 12 yang berasaskan Android 17. (Sumber spesifikasi)
Harga jualan biasa di Malaysia ialah RM4499 (12GB + 256GB), RM4999 (16GB + 512GB) dan RM5899 (16GB + 1TB). Pembelian akan dibuka melalui laman rasmi REDMAGIC Malaysia dan kedai rasmi jenama itu di Shopee.