Close

Rockstar kongsi waktu ‘pre-load’ untuk GTA 6

Rockstar Games akhirnya berkongsi maklumat baru mengenai permainan Grand Theft Auto VI (GTA 6), merangkumi tarikh pre-load, waktu pelancaran global dan juga saiz fail permainan tersebut.

Merujuk kepada maklumat tersebut, pengguna PlayStation 5 boleh mua memuat turun (pre-load) GTA 6 lebih awal iaitu bermula jam 12 tengah malam pada 10 November 2026 mengikut kepada waktu tempatan setiap negara. Untuk pengguna Xbox Series X dan Series S, proses muat turun bermula 12 tengah malam GMT, iaitu bersamaan dengan 8 pagi waktu Malaysia pada 10 November 2026.

Manakala untuk pembeli versi fizikal atau code-in-box bagi kedua-dua konsol, pemainan GTA 6 akan tersedia menerusi peruncit pada 12 November. Selain itu, Rockstar turut berkongsi saiz fail untuk permainan GTA 6 iaitu sekitar 212 GB bergantung kepada peranti yang digunakan.

Berikutan dari itu, pengguna perlu memastikan ruang storan mencukupi untuk membuat proses pre-load untuk permainan GTA 6. Seperti yang kita tahu, permainan GTA 6 akan dilancarkan pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

ARTIKEL BERKAITAN