Close

Ciri ‘Disc to Digital’ kini tersedia untuk konsol Xbox

Ciri ‘Disc to Digital’ kini tersedia untuk pengguna konsol Xbox, yang mana ciri ini membolehkan pengguna menukar kelayakan permainan daripada cakera fizikal kepada lesen digital.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menukar permainan cakera fizikal kepada digital, bagi judul permainan yang layak.

Menariknya, selepas lesen digital diberikan, pengguna boleh memainkan permainan tersebut tanpa perlu memasukkan cakera ke dalam konsol. Permainan yang sudah ditukar kepada digital turut menyokong beberapa fungsi permainan digital seperti Xbox Play Anywhere dan Xbox Cloud Gaming.

Walau bagaimanapun, tidak semua judul permainan Xbox One atau Xbox Series X menyokong ciri ini. Menurut Microsoft, sokongan tersebut bergantung kepada beberapa perkara seperti teknikal, lesen, penerbit dan proses pembuatan bagi judul permainan tersebut.

Selain itu, pengguna masih perlu menyimpan cakera fizikal kerana lesen ‘Disc to Digital’ itu bergantung kepada pemilikannya. Sekiranya, cakera fizikal hilang, dijual atau diberikan kepada pengguna lain askes kepada lesen digital akan dihadkan atau ditarik balik.

ARTIKEL BERKAITAN