Berita gembira untuk rakyat Malaysia, anda kini boleh membuat gantian kad pengenalan dengan lebih mudah melalui aplikasi MyGOV di telefon pintar.

Melaluinya, pengguna tidak lagi perlu hadir ke kaunter untuk membuat permohonan sekaligus mempercepatkan urusan dan juga menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, setiap permohonan tertakluk sepenuhnya kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Untuk mula membuat gantian MyKad, anda perlu memuat turun atau mengemas kini aplikasi MyGOV. Lakukan log masuk ke akaun kemudian pilih kelahiran dan pengenalan diri (penggantian MyKad). Seterusnya, isi maklumat serta muat naik dokumen sokongan jika diminta dan ikut arahan sehingga proses selesai.
Aplikasi MyGOV boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.