NVIDIA mengumumkan Jensen Huang kembali memegang jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, selain turut dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta pada 23 November 2026.
— NVIDIA (@nvidia) November 24, 2026
Keputusan itu dibuat selepas lembaga pengarah mengadakan beberapa perbincangan dan mesyuarat, sebelum sebulat suara bersetuju untuk menjadikan beliau sebagai CEO semula. Lembaga turut menerima daripada pihak kerajaan Amerika Syarikat yang menyatakan pelantikan semula Huang tidak menimbulkan risiko keselamatan negara.
Selain itu, Colette Kress yang sebelum ini menjadi CEO interim akan kembali kepada jawatan asal beliau sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) NVIDIA. Seterusnya, Harvey C. Jones pula akan kekal sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah.
Walaupun Huang kembali menjadi CEO NVIDIA, siasatan berhubung laporan beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing masih diteruskan sehingga proses tersebut selesai. NVIDIA juga telah membentuk jawatankuasa khas untuk mengawasi risiko keselamatan negara dan pematuhan kawalan eksport, dalam masa yang sama sedang mencari calon bagi jawatan Ketua Pegawai Pematuhan (Chief Compliance Officer) yang baru.