Close

Samsung mungkin ubah strategi pelancaran Galaxy Watch – Tiba setiap dua tahun

Samsung dilapor mungkin akan mengubah pelancaran Galaxy Watch kepada dua tahun sekali berbanding ketika ini, diperkenalkan pada setiap tahun.

Menurut maklumat, bahagian Mobile eXperience dari Samsung Electronics dikatakan mencatat kerugian sepanjang suku tahun terakhir, berikutan dari itu Samsung mempertimbangkan beberapa perubahan antara pengenalan Galaxy Watch hanya akan dibuat dua tahun sekali.

Selain mengubah jadual pelancaran Galaxy Watch, Samsung juga dijangka akan mengurangkan pengeluaran telefon pintar kelas pertengahan sebaliknya akan memberi fokus kepada penawaran model premium.

Maklumat sama turut menyatakan, siri Galaxy Watch9 gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh Samsung. Walau bagaimanapun, kenaikan harga jualan mungkin mempengaruhi permintaan pengguna. Sekiranya laporan ini, Samsung dijangka memberi lebih tumpuan kepada kemas kini perisian untuk model Galaxy Watch sedia ada, berbanding memperkenalkan model baru.

ARTIKEL BERKAITAN