Close

HUAWEI Nova 16s dan 16s Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2599

HUAWEI Malaysia kini sedia untuk menawarkan dua model baru di bawah siri Nova 16 iaitu Nova 16s dan Nova 16s Pro. Kedua-dua model ini hadir dengan rekaan yang menarik dan spesifikasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

HUAWEI Nova 16s Pro merupakan model paling premium dalam siri ini, hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.84-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Kirin 9010S yang dipadankan dengan RAM 12GB dan storan dalaman 512GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP RYYB + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto RYYB dengan 3.7x zum optik dan swafoto 50MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan sensor True-to-Colour multispektrum 1.5MP untuk memberikan hasil warna yang lebih tepat.

Nova 16s Pro dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W. Walaupun dimuatkan dengan bateri yang besar, Peranti ini hanya setebal 7.1mm dan berat sekitar 218 gram.

Manakala untuk HUAWEI Nova 16s, ia hadir dengan skrin yang lebih kecil iaitu 6.68-inci OLED yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 5500 nits. Dikuasakan dengan cip Kirin 8020 yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensos utama 50MP RYYB + 50MP Telefoto dengan 3.3x zum optik dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W. Nova 16s tampil dengan rekaan yang lebih berbanding model Pro iaitu 199 gram dengan ketebalan sekitar 7.3mm.

Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi EMUI 16 dengan pelbagai ciri AI untuk fotografi seperti AI Composition, AI Move, AI Remove, AI De-glare dan AI Best Expression. Untuk spesifikasi, kedua-dua peranti ini menyokong rangkaian 5G, NFC dan Bluetooth 6.0.

Di Malaysia, HUAWEI Nova 16s dijual pada harga RM2599 manakala untuk HUAWEI Nova 16s Pro ia dijual pada harga RM3299. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan bermula hari ini dengan setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1956.

ARTIKEL BERKAITAN