HUAWEI menjadualkan acara pelancaran OSTA O1 Pro iaitu sub-jenama baru mereka pada 20 November 2026.
Dalam perkembangan terbaru, spesifikasi yang didakwa OSTA O1 Pro telahpun tertiris sekali gus memberikan gambaran mengenai peranti tersebut. OSTA O1 Pro bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dengan nisbah 16:9.5 yang lebar berbanding telefon pintar konvensional.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9030S yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor utama 200MP RYYB + 50MP telefoto dengan zum optikal 3.7x. OSTA O1 Pro akan dilengkapi dengan sistem kamera Red Maple dari HUAWEI.
Walaupun hadir dengan rekaan yang agak lebar, peranti ini dikatakan mempunyai ketebalan hanya 6.68mm dan berat sekitar 200 gram. Peranti ini bakal dimuatkan dengan bateri sebesar besar 7000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 66W dan pengecasan tanpa wayar.
Buat masa ini, hanya harga jualan yang masih tidak diketahui dan maklumat tersebut hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak iaitu pada 20 November 2026.