vivo telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu V80 pada 19 November 2026 di Malaysia. V80 bakal menjadi model terbaru di bawah siri V sekali gus menggantikan model sedia ada.

vivo V80 bakal hadir dengan pelbagai peningkatan menarik merangkumi rekaan, spesifikasi dan juga keupayaan fotografi. Peranti ini bakal hadir dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Starwish Purple, Wander Green dan Vast Gray. Untuk pilihan warna Starwish Purple, ia hadir dengan kemasan yang dan corak berkilauan pada panel belakang untuk memberikan penampilan yang lebih menarik.

Selain itu, peranti ini akan dilengka;i dengan kapasiti bateri 7200mAh sekali gus menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih panjang. Peranti ini telahpun diperkenalkan lebih awal di India, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci, cip Snapdragon 7 Gen 4 dan menyokong penarafan IP68.

Seiring dengan ketibaannya, vivo telahpun membuka pra-tempahan awal untuk vivo V80 dengan deposit serendah RM5. Pengguna yang membuat tempahan dalam tempoh promosi sehingga 18 November 2026 layak menikmati rebat RM200 serta hadiah percuma bernilai RM518.
Buat masa ini, vivo masih belum mendedahkan harga rasmi dan varian yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Maklumat lanjut mengenainya dijangka diumumkan ketika acara pelancaran pada 19 November ini.