Close

Samsung Wallet bakal menyokong ShopeePay di Malaysia tidak lama lagi

Samsung mengumumkan kerjasama dengan ShopeePay yang bakal membolehkan pengguna Samsung Wallet membuat pembayaran menggunakan kod QR ShopeePay dan sokongan Samsung Pay di Shopee dalam beberapa bulan akan datang.

Melalui integrasi ini, pengguna Samsung Wallet boleh mengimbas kod QR peniaga secara terus melalui aplikasi dan membuat pembayaran menggunakan kaedah yang telah ditetapkan pada akaun ShopeePay. Menariknya, pengguna juga berpeluang menerima Shopee Coins untuk pembelian yang layak melalui integrasi ini.

Bukan itu sahaja, kerjasama ini akan turut membolehkan Samsung Pay digunakan sebagai salah satu pilihan pembayaran ketika membuat pembelian di Shopee. Ciri tersebut sudah tersedia untuk pengguna di Singapura dan Vietnam, sementara Malaysia dijangka menerima sokongan yang sama dalam beberapa bulan akan datang.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan ShopeePay untuk membeli produk Samsung menerusi kedai rasmi dalam talian Samsung. Ini termasuk penggunaan perkhidmatan pembayaran ansuran SPayLater.

ARTIKEL BERKAITAN