Close

Kerajaan larang penjawat awam guna aplikasi Waze

Aplikasi navigasi yang berpangkalan di Israel iaitu Waze kini dilarang untuk digunakan oleh anggota perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta-merta.

Arahan atau perlaksanaan tersebut dibuat menerusi satu pemakluman rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar susulan keputusan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikutan dari arahan tersebut, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan keputusan itu dimaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing termasuk agensi dan jabatan untuk dilaksanakan dengan serta- merta.

Aplikasi navigasi Waze berpotensi memberikan ancaman keselamatan siber. Antaranya ialah kemungkinan lokasi, laluan perjalanan dan maklumat peranti digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Selain itu, aplikasi tersebut terikat dengan undang-undang Israel.

Sebagai alternatif, terdapat beberapa aplikasi navigasi lain yang boleh digunakan antaranya seperti TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Aplikasi ini tersedia di Apple App Store dan juga Google Play Store.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN