Astro X3 kini ditawakan dengan pilihan langganan tanpa kontrak, sekali gus pengguna boleh menikmati kandungan penstriman tanpa memerlukan dekoder dan pemasangan di rumah.
Melalui pilihan baru ini, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian dan terus menonton kandungan yang ditawarkan tanpa perlu terikat dengan kontrak. Terdapat dua pilihan pelan iaitu Astro X3: Entertainment Pack dan Astro X3: Sports Pack.

Untuk Entertainment Pack ia ditawarkan pada harga RM59.99 sebulan manakala Sport Pack pula ditawarkan pada harga RM109.99 sebulan. Walau bagaimanapun, sempena pelancarannya pelan tersebut ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM39.99 sebulan untuk Entertainment Pack dan RM69.99 sebulan untuk Sport Pack.
Untuk Entertainment Pack ia menawarkan lebih 70 saluran, manakala Sports Pack menyediakan lebih 85 saluran termasuk siaran sukan secara langsung. Selain itu, untuk Sports Pack ia turut menyediakan akses kepada Astro GO, beIN SPORTS CONNECT dan Sun NXT Lite.
Astro X3 menggunakan aplikasi Astro pada TV pintar yang disokong, selain turut menikmati ciri Cross-Screen Streaming melalui Astro GO. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Astro.