Berita gembira untuk pengguna atau pelanggan Public Bank (PB) dan Public Islamic Bank (PIB), anda kini boleh membuat pembayaran tanpa sentuh melalui Apple Pay.

Apple Pay mula diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos 2022 dan selepas empat tahun Public Bank kini menyokong pembayaran melalui Apple Pay. Sebelum ini, kedua-dua bank telahpun menyokong pembayaran tanpa sentuh seperti Garmin Pay, Samsung Pay dan Google Pay.
Melalui laman web rasmi Public Bank, pembayaran melalui Apple Pay menyokong hampir semua kad Visa dan Masteracard yang ditawarkan oleh PB dan PIB merangkumi kad kredit dan debit. Namun begitu, terdapat empat jenis kad yang tidak menyokong iaitu PB AIA Visa Gold Credit Card, PB Visa Commercial Card, PB Visa Business Card dan PB UnionPay Lifestyle Debit Card.

Untuk mula menggunakan Appley Pay, pengguna atau pelanggan boleh memilih “Apple Wallet” menerusi aplikasi MyPB atau menambahkan kad secara terus melalui aplikasi Apple Wallet pada peranti Apple.
Bersempena dengan pengenalan Apple Pay ini, Public Bank turut menawarkan kempen cashback kepada pelanggan yang menggunakan kad PB atau PIB yang layak untuk membuat pembayaran menerusi Apple Pay. Menerusi kempen ini, pengguna akan menerima cashback RM10 bagi setiap tiga transaksi Apple Pay yang bernilai sekurang-kurangnya RM50.