Close

Cermin mata pintar Apple dilapor bergantung pada Siri dan aplikasi iPhone

Cermin mata pintar Apple dilaporkan bakal menjadikan Siri dan aplikasi iPhone sebagai tarikan utama, bukannya paparan AR di depan mata.

Menurut MacRumors yang memetik Mark Gurman dari Bloomberg, projek berkod N50 itu disasarkan untuk diperkenalkan pada WWDC Jun 2027, dengan penghantaran sebelum hujung tahun.

Aplikasi kekal pada iPhone

Menariknya, Apple dikatakan tidak merancang aplikasi khas untuk cermin mata tersebut. Sebaliknya, Siri akan mengawal fungsi aplikasi pada iPhone yang dipasangkan.

Kamera pada cermin mata pula dijangka membantu Siri memahami keadaan sekeliling. Pengguna juga dilaporkan boleh mendengar muzik, membuat panggilan dan menggunakan arahan suara.

Paparan Type to Siri pada iPhone, imej ilustrasi daripada Apple

Boleh dicas sambil dipakai?

Prototaipnya turut dilaporkan mempunyai penyambung magnet tiga pin pada bahagian tangkai kiri, membolehkan pengecasan ketika dipakai. Namun, belum jelas sama ada rekaan itu akan dikekalkan.

Model pertama ini dikatakan tidak mempunyai paparan AR. Fokusnya lebih kepada audio, kamera dan Siri, dengan kebergantungan pada iPhone.

Buat masa ini, maklumat tersebut masih berdasarkan laporan, bukan pengumuman Apple. Jadual 2027 juga boleh berubah kerana pembangunan perisian dan AI. Harga serta ketersediaan Malaysia belum diumumkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN