Close

Siri Xiaomi 18 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM4799

Xiaomi Malaysia secara rasmi memperkenalkan siri Xiaomi 18 Pro ke pasaran tempatan. Ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max.

Untuk model paling premium iaitu Xiaomi 18 Pro Max, ia hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.90-inci dengan resolusi 2K dan menyokong paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak, teknologi privacy display dan dilindungi dengan Xiaomi Dragon Crystal Glass 3 protection.

Seperti model sebelumnya, peranti ini turut dilengkapi dengan skrin sekunder bersaiz 2.9-inci yang menyokong pelbagai ciri menarik. Dari segi konfigurasi memori, ia ditawarkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 7050mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Untuk fotografi, Xiaomi 18 Pro Max dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 200MP Telefoto Periskop + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Kemampuan kamera ini turut dibantu dengan teknologi Leica untuk memberi hasil gambar yang lebih baik.

Manakala untuk Xiaomi 18 Pro, ia hadir dengan saiz skrin yang lebih kecil iaitu 6.40-inci LTPO AMOLED dengan paparan 120Hz. Turut menyokong kecerahan puncak, teknologi privacy display dan dilindungi dengan Xiaomi Dragon Crystal Glass 3 protection.

Ditawarkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Model ini turut peranti dilengkapi dengan skrin sekunder bersaiz 2.9-inci yang menyokong pelbagai ciri menarik. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 200MP Telefoto Periskop + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.

Untuk spesifikasi lain, kedua-dua peranti ini menyokong penarafan IP69, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi HyperOS 4 yang berasaskan Android 17. Ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Black, White, Pink dan Blue.

Di Malaysia, Xiaomi 18 Pro dijual pada harga bermula RM4799 (12GB + 256GB) dan RM5299 (12GB + 512GB). Manakala untuk Xiaomi 18 Pro Max, ia dijual pada harga bermula RM5999 (12GB + 256GB) dan RM6499 (12GB + 512GB). Bagi yang berminat, siri Xiaomi 18 Pro boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan setiap pembelian akan menerima rebat sehingga RM500 dan hadiah percuma sehingga RM4598.

ARTIKEL BERKAITAN