Nothing telah menjadualkan acara pelancaran bagi peranti AI pertama mereka pada 8 Disember 2026.
Be present. It's noted.
— Nothing (@nothing) November 20, 2026
8 December. pic.twitter.com/7Nc49GXqdq
Melalui imej awal yang dikongsi, memperlihatkan peranti ini hadir dengan rekaan kompak dan menggunakan kemasan jenis logam. Selain itu, Nothing menggunakan slogan “Be present. It’s noted” bagi mengambarkan peranti tersebut mungkin boleh melakukan rakaman suara, nota dan bantuan AI, termasuk kemungkinan merakam perbualan atau idea untuk diproses oleh AI.
Walaupun tarikh pelancaran sudah diumumkan, Nothing masih belum mendedahkan nama rasmi atau fungsi penuh peranti tersebut. Sebelum ini, Carl Pei mengesahkan peranti tersebut tidak mempunyai skrin dan ia bukan sesuatu yang boleh dibangunkan melalui aplikasi.
Kita mungkin boleh menjangkakan, lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang pelancarannya pada 8 Disember ini. Jadi, sama-sama kita nantikan.