HONOR Magic V7 mungkin hadir dengan rekaan baru yang lebih lebar untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih menyeluruh.
Magic V7 have new wide form factor and it seems that there is no so called normal big folding model next year. #HonorMagicV7
— Teme (特米)𝕏|🇫🇮🇨🇳 (@RODENT950) November 18, 2026
Menurut laporan, HONOR dikatakan sedang merancang untuk memperkenalkan fon lipat baru dengan rekaan lebih lebar melalui model Magic V7. Rekaan ini, mampu memberikan pengalaman penggunaan seperti tablet apabila dibuka.
Pendekatan ini dilihat berbeza berbanding Samsung yang memperkenalkan dua model dengan rekaan yang berbeza iaitu Galaxy Z Fold8 Ultra dan Galaxy Z Fold8.
Bercakap mengenai spesifikasi, HONOR Magic V7 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6, bateri 7000mAh dan kamera utama 200MP. Selain itu, skrin dalam peranti ini berkemungkinan 7.6-inci dan skrin luar pula bersaiz 5.5-inci.

Sekiranya laporan ini tepat, HONOR mungkin tidak melancarkan fon lipat dengan rekaan konvensional pada tahun depan.