Close

Spotify mula minta pengguna pelan family sahkan alamat guna kod QR

Spotify dilaporkan mula meminta sesetangah pengguna pelan Premium Family mengesahkan bahawa mereka tinggal dalam alamat yang sama atau serumah bagi memastikan langganan tersebut digunakan mengikut syarat yang ditetapkan.

Menurut maklumat, proses pengesahan tersebut memerlukan ahli pelan mengimbas kod QR yang dipaparkan pada pengguna utama. Pengguna perlu melakukan pengesahan dalam tempoh tujuh hari, sekiranya gagal ciri tersebut tidak lagi boleh digunakan dan dihalang dari menyertai pelan Premium Family atau Premium Duo yang lain selama 12 bulan.

Walau bagaimanapun, pengguna masih mempunyai pilihan iaitu dengan melanggan pelan lain seperti Premium Individual. Kaedah pengesahan baru ini memperlihatkan Spotify semakin serius dalam memastikan pengguna mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Selain Spotify, beberapa perkhidmatan penstriman lain seperti Netflix dan juga Disney+ turut melakukan perkara yang sama, perlu melakukan pengesahan mereka tinggal dalam alamat yang sama atau serumah.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN