Close

Apple menjadualkan acara khas pada 29 Oktober ini

Apple telah menjadualkan acara pelancaran produk baru yang akan berlangsung pada 29 Oktober 2026.

Malangnya, tiada maklumat yang dikongsi berkenaan produk yang akan diperkenalkan. Merujuk kepada perkongsian Eksekutif Pemasaran Apple iaitu Greg Joswiak, produk yang mungkin akan diperkenalkan adalah MacBook dan iPad generasi baru.

Produk yang dijangka akan mencuri tumpuan adalah pengenalan MacBook Pro dengan sokongan skrin sentuh OLED, cip Apple M5 Pro dan hadir dengan dua pilihan saiz iaitu 14-inci atau 16-inci. Selain MacBook, Apple dijangka akan turut memperkenalkan iPad mini baru yang dilengkapi dengan skrin OLED.

Skrin OLED mampu menawarkan warna lebih terang, kontras lebih tinggi dan paparan warna hitam yang lebih mendalam berbanding skrin LCD. Buat masa ini, Apple masih belum mengesahkan senarai produk yang akan diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN