Close

Harga jualan PS6 mungkin mencecah $1000

Harga jualan untuk konsol Sony generasi seterusnya iaitu PlayStation 6 (PS6) mungkin mencecah sehingga $1000 (RM4251).

Menurut maklumat, kos komponen memori dan storan untuk PS6 mungkin mencecah sekitar $680 (RM2913) untuk setiap unit. Berikutan dari itu, harga jualan untuk konsol tersebut mungkin meningkat dengan ketara berbanding model sebelum.

Beberapa penganalisis industri menjangkakan harga jualan untuk PS6 mungkin mencecah sekitar $1000 (RM4251). Laporan sama turut mendedahkan, kos kedua-dua komponen tersebut jauh lebih rendah ketika Sony memuktamadkan rekaan konsol tersebut.

Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos tersebut adalah permintaan memori dan storan yang semakin tinggi, khususnya daripada pusat data kecerdasan buatan (AI). Selain itu, peningkatan kos ini turut berpotensi menyebabkan pelancaran konsol generasi seterusnya mungkin ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, laporan ini masih lagi diperingkat awal berikutan tiada sebarang pengesahan yang dikeluarkan oleh Sony mengenai perkara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN