Close

Tempoh menunggu untuk iPhone Duo kini mencecah Januari 2027

Tempoh menunggu untuk iPhone Duo kini dilihat mencapai sehingga ke penghujung Januari 2027, biarpun pra-tempahan awal peranti tersebut baru sahaja dibuka.

Merujuk kepada laman rasmi Apple Malaysia, pengguna mungkin perlu menunggu sehingga Januari 2027 untuk mendapatkan iPhone lipat pertama dari Apple. Semua pilihan warna dan storan perlu menunggu sehingga Januari 2027.

Walau bagaimanapun, tarikh penghantaran tersebut mungkin terkesan pada pra-tempahan baru, bagi pembeli yang sudah membuat tempahan lebih awal ia dijangka tiba lebih awal dari tarikh tersebut. Selain itu, terdapat potensi untuk tarikh penghantaran berubah, apabila pengeluaran peranti meningkat.

Tempoh menunggu ini boleh dikategorikan agak panjang iaitu sekitar tiga bulan ke empat bulan berbanding dengan model terdahulu. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada bekalan unit yang terhad, sekali gus menimbulkan kekecewaan kepada pembeli yang mahu mendapatkan peranti lebih awal.

Di Malaysia, iPhone Duo ditawarkan pada harga mencecah sehingga RM15,499, peranti premium yang memerlukan perbelanjaan yang besar. Dengan tempoh menunggu yang panjang, sebahagian pembeli mungkin mula mempertimbangkan alternatif lain seperti iPhone 18 Pro Max atau Samsung Galaxy Z Fold8.

ARTIKEL BERKAITAN