Close

EA tutup studio BioWare

Selepas lebih dari tiga dekad beroperasi, Electronic Art (EA) secara rasmi mengumumkan penutupan studio Bioware.

Penutupan ini dibuat selepas urusan pengambilalihan EA oleh firma Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Affinity Partners dan Silver Lake diselesaikan. Pemilikan baru ini menyaksikan 400 pekerja telah diberhentikan sebagai langkah pengurangan kos operasi.

Kira-kira 50 pekerja di studio BioWare bakal terjejas dengan penutupan in. Melalui kenyataan rasmi BioWare, fokus utama mereka kini adalah untuk menyokong barisan tenaga kerja yang berbakat sepanjang tempoh perubahan ini. Dalam masa yang sama, BioWare turut memberi penghargaan kepada komuniti dan peminat di seluruh dunia.

BioWare telah menghasilkan pelbagai judul permainan termasuk Baldur’s Gate, Neverwinter Nights, Star Wars: Knights of the Old Republic, Dragon Age dan Mass Effect. Penutupan ini turut membatalkan permainan Mass Effect baru yang sedang dibangunkan. Akhir sekali, penutupan BioWare bakal menjadi kehilangan terbesar buat peminat genre RPG moden di seluruh dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN