Close

Australia wajibkan pengesahan umur sebelum main GTA 6

Pengguna di Australia perlu melakukan proses pengesahan umur jika ingin bermain permainan Grand Theft Auto VI (GTA 6).

Di Australia, permainan GTA 6 menerima penarafan R18+ daripada Australian Classification Board (ACB), yang mengehadkan akses kepada individu berusia 18 tahun ke atas sahaja. Berikutan itu, penerbit permainan perlu melaksanakan sistem pengesahan umur bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang baru di negara itu.

Antara dokumen yang boleh digunakan termasuk lesen memandu atau dokumen pengenalan diri rasmi lain yang membuktikan umur pengguna. Sekiranya gagal mematuhi peraturan tersebut, pembangun atau penerbit permainan boleh dikenakan denda sehingga AU$49.5 juta (sekitar RM140 juta) bagi setiap pelanggaran.

Sistem pengesahan umur ini bukanlah sesuatu yang baru untuk Rockstar Games. Memandangkan ciri tersebut telahpun digunakan untuk sebahagian pemain GTA Online. Langkah ini dilihat seiring dengan usaha kerajaan australia untuk menguatkuasakan undang-undang yang mengehadkan akses media sosial kepada individu di bawah umur tertentu.

Permainan GTA 6 kini boleh dipra-tempah oleh pengguna dengan muat turun bermula 12 November 2026 untuk pengguna yang membeli secara pra-tempahan dan boleh dimainkan bermula 19 November 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN