Close

Permainan GTA 6 kini boleh dipra-tempah – Harga bermula RM339

Permainan yang ditunggu-tunggu iaitu GTA6 kini telahpun dibuka untuk pra-tempahan. Seiring dengan itu Rockstar Games turut berkongsi harga jualan rasmi bagi permainan tersebut.

Di Malaysia, permainan GTA6 ditawarkan pada harga RM339 untuk Standard Edition dan RM419 untuk Ultimate Edition. Untuk standard edition, ia di datangkan dengan Grand Theft Auto VI dan Vintage Vice City Park. Sementara untuk ultimate edition, ia di datangkan dengan Grand Theft Auto VI, Vintage Vice City Park dan Ultimate Edition Upgrade.

Selain itu, kedua-dua versi ini turut ditawarkan dengan langganan GTA+ secara percuma selama sebulan. Versi fizikal untuk permainan GTA6 akan turut ditawarkan melalui “code-in-the-box” yang diletakkan pada kotak pembelian untuk dimuat turun. Bermaksud, tiada cakera digital ditawarkan untuk pembelian secara fizikal buat masa ini.

Permainan ini boleh dimuat turun bermula 12 November 2026 untuk pengguna yang membeli secara pra-tempahan dan boleh dimainkan bermula 19 November 2026. Permainan GTA 6 akan tiba untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series X|S terlebih dahulu. Manakala, untuk PC tiada sebarang tarikh yang dikongsi oleh Rockstar Games buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN