Halaman PlayStation Store, memaparkan permainan GTA 6 sebagai “Plays Best on PS5”, bermaksud permainan tersebut paling sesuai dimainkan pada konsol tersebut.

Melalui ciri ekslusif yang ditawarkan pada PS5, ia membolehkan permainan GTA 6 ini dimainkan dengan lebih imersif dan lebih menarik. Antara ciri utama yang akan dimanfaatkan ialah teknologi haptic feedback pada DualSense. Dengan sistem getaran yang lebih realistik, pemain dapat merasai pelbagai situasi dalam permainan termasuk aksi pemanduan, tembakan, cuaca dan juga interaksi di Vice City.

Selain itu, GTA 6 juga menyokong teknologi Tempest 3D Audio yang membolehkan kesan bunyi diproses dengan lebih tepat sekaligus memberikan pengalaman audio yang lebih mendalam ketika bermain permainan ini.

Rockstar Games turut mengesahkan bahawa GTA 6 tidak akan ditawarkan untuk PlayStation 4, sekali gus menjadikan PlayStation 5 sebagai platform PlayStation minimum untuk memainkan permainan tersebut.
Permainan ini boleh dimuat turun bermula 12 November 2026 untuk pengguna yang membeli secara pra-tempahan dan boleh dimainkan bermula 19 November 2026.