Nothing secara rasmi berkongsi rekaan penuh peranti baru mereka iaitu Phone (4b), perkongsian tersebut dibuat melalui media sosial rasmi mereka.
Phone (4b).
— Nothing India (@nothingindia) June 25, 2026
7 July, 3:30 PM. pic.twitter.com/RM03JFJ7Jr
Berdasarkan video yang dikongsi, memperlihatkan peranti ini dilengkapi dengan sistem dwi-kamera yang diletakkan pada modul kamera berbentuk segi empat. Sepert Phone (4a), peranti ini turut hadir dengan sistem glyph bar yang disusun secara menegak di sebelah kanan modul kamera.

Modul kamera ini turut hadir dengan kemasan bertekstur dan terdapat elemen lutsinar yang merupakan identiti ikonik Nothing. Selain itu, semua butang fiizikal pada peranti ini menggunakan kemasan berwarna hitam. Untuk bahagian hadapan, Phone (4b) menggunakan skrin jenis rata dengan rekaan skin berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh Nothing namun, terdapat laporan mendedahkan peranti ini berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 6 Gen 4, menjadikannya ia sebagai model mampu milik pertama di bawah siri Phone (4a).

Nothing sebelum ini telahpun mengesahkan Phone (4b) akan diperkenalkan secara rasmi pada 7 Julai ini ke pasaran India dan juga pasaran global terpilih.