Close

Infinix XBOOK 14 Neo kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2199

Infinix Malaysia kini sedia untuk menawarkan komputer riba baru ke pasaran tempatan melalui model XBOOK 14 Neo. Tampil dengan spesifikasi yang berkuasa disamping rekaan yang menonjol dengan pilihan warna yang ceria.

XBOOK 14 Neo hanya seberat 1.2kg dengan ketebalan sekitar 17.4mm. Menggunakan binaan aluminium alloy pada bahagian penutup, manakala bahagian bawahnya diperbuat daripada bahan gentian karbon. Hadir dengan skrin 14-inci dengan resolusi 1920 x 1200 piksel dengan nisbah aspek 16:10.

Ditawarkan dengan dua pilihan CPU iaitu Intel Core i3-1315U atau Intel Core i5-1335U yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan SSD sehingga 512GB. Komputer riba ini turut dilengkapi dengan sistem penyejukan berasaskan kipas tunggal dan juga paip haba untuk mengoptimumkan suhu.

Untuk spesifikasi lain, komputer riba ini dilengkapi dengan bateri 55Wh yang dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaa. Selain itu, turut menyokong pengecasan USB-C PD 65W, pembesar suara jenis stereo, bicu audio 3.5mm dan kamera HD dengan penutup privasi.

Bagi yang berminat, Infinix XBOOK 14 Neo dijual pada harga RM2199 untuk 8GB RAM + 256GB dan RM2699 untuk model dengan 8GB RAM dan storan 512GB. Komputer riba ini tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Twilight Purple, Shadow Blue dan Volcano Grey.

ARTIKEL BERKAITAN