NVIDIA secara rasmi memperkenalkan RTX Spark di acara Computex 2026, merupakan sebuah ‘supercip’ yang dibangunkan dengan gabungan CPU berasaskan ARM dan GPU Blackwell RTX dalam satu pakej.

Cip ini dibina menggunakan teknologi binaan 3nm oleh TSMC dan menyokong RAM sehingga 128GB dengan LPDDR5X unified memory. Dengan menggunakan unified memory, ia membolehkan CPU dan GPU berkongsi memori yang sama, sekali gus meningkatkan kecekapan untuk tugasan AI dan pemprosesan data berskala besar.

RTX Spark menggunakan cip Nvidia Grace yang menawarkan CPU sehingga 20 teras dan dipadankan dengan GPU berasaskan seni bina Blackwell yang dilengkapi 6144 CUDA Cores. Menariknya, jumlah CUDA Core ini setaraf atau setanding dengan kad grafik Nvidia Geforce RTX 5070.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, fokus utama RTX Spark adalah untuk menjalankan Ejen AI secara terus tanpa perlu bergantung kepada cloud server. Ejen AI dianggap sebagai revolusi seterusnya selepas LLM dengan keupayaan menjalankan tugasan lebih kompleks secara autonomi. Untuk itu, Nvidia mendakwa cip ini mampu mencapai prestasi AI sehingga 1 petaflop.

Komputer riba dan komputer peribadi dengan RTX Spark dijangka tiba pada musim luruh akan datang. Nvidia telahpun mengesahkan kerjasama dengan beberapa pengeluar utama antaranya Dell Technologies, Gigabyte Technology, HP Inc., Lenovo, MSI, Microsoft, Acer, dan ASUS,