Bersempena dengan ulang tahun ke-20 jenama Republic of Gamers (ROG), ASUS mengumumkan konsol mudah alih edisi khas yang dipanggil sebagai ROG Xbox Ally X20. Konsol ini hadir dengan beberapa peningkatan menarik berbanding model sebelumnya.

ROG Xbox Ally X20 hadir dengan skrin OLED bersaiz 7.4-inci dengan resolusi FHD menggantikan skrin LCD 7-inci yang digunakan pada model sebelumnya. Skrin ini turut menyokong DisplayHDR True Black 1000, Dolby Vision dan juga menyokong kecerahan puncak sehingga 1400 nits.

Konsol edisi khas turut menerima perubahan pada kemasan menggunakan kemasan jenis lutsinar membolehkan komponen dalaman dilihat dan butang Xbox kini menyala dengan lampu hijau. ASUS menggunakan sensor TMR (Tunnel Magnetoresistance) pada tombol kawalan bagi menyelesaikan masalah stick drift.

Selain itu, butang ABXY turut direka semula supaya lebih rata apabila ditekan, manakala D-Pad kini boleh ditukar antara mod 4 arah dan 8 arah mengikut jenis permainan yang dimainkan.

Dari segi prestasi, ROG Xbox Ally X20 masih menggunakan cip AMD Z2 Extreme yang sama seperti model sebelumnya. Untuk sambungan, ia hadir dengan 1x USB-C 3.2 Gen 2 dengan DisplayPort, 1x USB-C 4.0 yang menyokong Thunderbolt 4 dan DisplayPort 2.1 bersama FreeSync, bicu audio 3.5mm, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4 serta slot microSD Express. Tiada perubahan dari segi kapasiti bateri, bermaksud kekal menggunakan bateri 80Wh dengan sokongan pengecasan pantas 68W melalui USB-C.

Menarinya, konsol mudah alih edisi terhad ini turut ditawarkan dengan dengan Gamig AR Glasses ROG Xreal R1 Edition 20. Aksesori tersebut menggunakan paparan micro-OLED yang mampu menghasilkan skrin maya bersaiz sehingga 171 inci dengan paparan sehingga 240Hz.