Selepas diumumkan pada sekitar Ogos lalu, konsol ASUS ROG Xbox Ally X20 edisi khas akhirnya tiba secara rasmi ke pasaran tempatan.

ROG Xbox Ally X20 dihasilkan sempena ulang tahun ke-20 ROG, hadir dengan rekaan lut sinar hitam dengan kemasan berwarna emas. Merupakan model pertama yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 7.4-inci Nebula HDR OLED dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1400 nits. Untuk prestasi, ia dikuasakan dengan cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme yang digabungkan dengan RAM 24GB LPDDR5X dan storan SSD 1TB.

ASUS turut menaik taraf bahagian kawalan dengan TMR joystick, D-Pad yang boleh diputar, butang Xbox berwarna hijau, serta shoulder button dan trigger yang lebih keras. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti bateri 80Wh Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.

Selain itu, peranti ini turut hadir dengan beberapa aksesori edisi terhad, antaranya seperti kerangka pelindung Killswitch khas daripada dbrand, R1 Edition 20, Pelican Protector Case dan juga lencana ulang tahun ke-20 serta pengecas 68W.

Bagi yang berminat, ASUS ROG Xbox Ally X20 dijual pada harga RM10,999 dan boleh dipra-tempah bermula 2 hingga 15 Oktober 2026. Pra-tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi ASUS Malaysia Store. Menurut ASUS Malaysia, konsol edisi terhad ini hanya tersedia 30 unit sahaja untuk pasaran tempatan.