Disney+ dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memperkenal pelan penstriman percuma yang membolehkan pengguna menonton sebahagian kandungan tanpa perlu melanggan.

Menurut maklumat, Ketua Pegawai Produk dan Teknologi Disney iaitu Adam Smith telahpun membincangkan perkara tersebut bersama dengan beberapa kakitangan baru-baru ini. Walau bagaimanapun, Disney masih belum mendedahkan sebarang maklumat megnenai ketibaan dan juga jenis kandungan yang akan ditawarkan secara percuma.
Langkah dikatakan sebagai salah satu usaha Disney+ untuk bersaing dengan platform penstriman percuma seperti YouTube dan Tubi. Perkara tersebut didorong dengan trend industri yang mana semakin ramai pengguna beralih ke perkhidmatan penstriman dengan iklan berikutan kenaikan harga langganan penstriman sejak kebelakangan ini.
Sekiranya pelan tersebut diperkenalkan, Disney+ berpotensi memberikan kelebihan kepada Disney+ berbanding pesaing seperti Netflix dan Amazon Prime Video. Beberapa platform popular seperti Apple TV+ dan Paramount+ sudah pun menawarkan akses percuma untuk pengguna yang tidak melanggan perkhidmatan mereka.