Tencent secara rasmi mengumumkan aplikasi pembayaran baru iaitu TenPayGo, dibangunkan khusus untuk pengguna atau pelawat antarabangsa yang datang ke China.

TenPayGo dibangunkan untuk tujuan pembayaran yang dikuasakan oleh Weixin Pay. Aplikasi pembayaran ini lebih mudah untuk digunakan dan tidak memerlukan nombor telefon China atau kad bank domestik. Pengguna hanya perlu mendaftar melalui alamat e-mel seterusnya menghubungkan kad bank antarabangsa.

Lebih menarik, aplikasi ini turut menyokong integrasi Apple Pay dan bakal menyokong lebih dari 60 dompet digital antarabangsa menjelang akhir tahun 2026.
Pengenalan aplikasi ini membolehkan pengguna mempunyai lebih pilihan pembayaran semasa melancong di China, tidak lagi perlu bergantung kepada pembayaran melalui WeChat.