Close

Apple dilaporkan sedang membangunkan Vision Pro versi baru

Apple dikatakan sedang membangunkan Vision Pro versi baru yang hadir dengan rekaan baru yang lebih ringan.

Menurut laporan, Apple sedang membangunkan peranti dengan kod nama N224 yang didakwa sebagai Vision Pro versi baru. Apple bakal melakukan perubahan besar pada rekaan Vision Pro baru, tampil lebih ringan berbanding generasi sebelumnya.

Rekaan model semasa yang berat dan besar dikatakan antara penyebab peranti tersebut kurang menjadi pilihan pengguna. Berikutan dari itu, Apple dikatakan telah membangunkan empat jenis rekaan yang berbeza untuk Vision Pro generasi baru.

Salah satu rekaan yang dibangunkan masih menggunakan rekaan yang sama namun menggunakan binaan yang berbeza seperti titanium, plastik dan beberapa binaan lain bagi mengurangkan berat keseluruhan peranti.

Satu lagi konsep rekaan yang dibangunkan adalah sebahagian perkakasan Vision Pro generasi baru akan dimuatkan pada sebuah peranti lain secara luaran. Namun begitu, Apple dikatakan kurang berminat dengan konsep ini kerana merasakan penggunaan perkakasan luaran memberikan pengalaman penggunaan yang kurang baik.

Walaupun pembangunan Vision Pro baru ini masih lagi diteruskan oleh Apple, namun peranti tersebut bukanlah keutamaan buat masa ini. Sekiranya semuanya berjalan seperti dirancang, Vision Pro baru ini dijangka hanya akan diperkenalkan antara penghujung 2028 hingga awal 2029.

ARTIKEL BERKAITAN