Close

Caj penghantaran ubat akan dikecualikan bermula 1 Oktober 2026

Tiada lagi caj akan dikenakan untuk penghantaran ubat melalui pos kepada pesakit bermula 1 Oktober 2026.

Menteri Komunikasi iaitu Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan caj penghantaran ubat melalui pos akan dikecualikan sepenuhnya bermula 1 Oktober 2026. Bermaksud, pesakit akan menerima ubat di rumah secara percuma. Inisiatif itu akan dilaksanakan di seluruh negara melalui peruntukan dana kira-kira RM5 juta.

Sebelum ini, pesakit perlu membayar caj penghantaran ubat melalui pos dan kini kos tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui MCMC.

Melalui inisiatif ini, ia memudahkan pesakit dalam menerima bekalan ubat tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan, terutama bagi pesakit yang mempunyai kesukaran untuk hadir ke fasiliti kesihatan untuk mengambil bekalan ubat mereka. Selain itu, inisiatif ini juga dapat mengurangkan kesesakkan di fasiliti kesihatan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN