Google mengumumkan pelaburan sekitar $15 billion iaitu kira-kira RM61 billion untuk pembangunan infrastruktur pusat data baru di Malaysia.
Pelaburan ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun akan datang iaitu 2027 hingga 2028. Pelaburan ini membabitkan pembangunan kampus pusat data cekap tenaga di zon perindustrian, peningkatan tenaga kerja mahir kira-kira 800,000 rakyat Malaysia menjelang 2031, serta menambah kapasiti tenaga bersih melebihi satu gigawatt (GW) kepada Grid Nasional Malaysia.

Rangkaian infrastruktur ini merangkumi kampus pusat data pertama Google di Elmina Business Park, Selangor, yang kini telah beroperasi, serta kampus baharu yang dirancang di Selangor dan Negeri Sembilan.
Sasaran jangka panjang, apabila kemudahan ini mula beroperasi ia berpotensi mengunjurkan lebih 9000 pekerjaan tempatan secara berterusan setiap tahun. Melibatkan pelbagai jawatan khusus seperti juruteknik pusat data, jurutera mekanikal dan elektrikal serta pengurus operasi logistik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu membuktikan keyakinan syarikat teknologi global terhadap kestabilan, keupayaan tenaga kerja serta cita-cita Malaysia untuk muncul sebagai hab digital utama di Asia Tenggara.