Close

Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena Deepavali

Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50% selama dua hari sempena sambutan Deepavali.

Pemberian diskaun tol sebanyak 50% ini berkuat kuasa pada jam 12.01 am, 6 November dan berakhir pada jam 11.59 pm, 7 November 2026. Diskaun ini diberikan kepada semua kenderaan persendirian (kelas 1) di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah atau inisiatif ini dibuat untuk membantu meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena perayaan berkenaan.

Inisiatif ini dianggarkan menelan kos sekitar RM20.11 juta dengan bayaran pampasan akan diberi kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN