Close

Maxis dan U Mobile dilaporkan kembali pertimbang rancangan penggabungan

Rundingan pengabungan dan pengambilalihan antara syarikat pengendali rangkaian telekomunikasi tempatan iaitu Maxis dan U Mobile dilaporkan kembali aktif selepas terhenti seketika sebelum ini.

Menurut maklumat, pebincangan korporat antara kedua-dua syarikat dikatakan telah kembali aktif. Maxis dikatakan telah menghubungi bank terpilih dan firma guaman untuk mengemukakan cadangan berkaitan pengambilalihan teersebut.

Maxis kini mempunyai nilai pasaran sekitar RM28.3 bilion mengikut harga saham semasa, manakala U Mobile mempunyai nilai pasaran sekitar RM10 bilion atau lebih. Walaupun perbincangan telah kembali aktif, namun sumber menegaskan tiada kepastian sama ada kedua-dua pihak akan mencapai kata sepakat.

Selain itu, Maxis tidak menafikan atau mengesahkan laporan mengenai kemungkinan penggabungan, namun mengakui sentiasa meneliti sebarang peluang strategik dan kerjasama yang mampu menyuntik nilai tambah kepada syarikat itu.

Sekiranya laporan ini tepat, penggabungan ini berpotensi menjadikan ia sebagai syarikat pengendali rangkaian terbesar di negara ini dari segi nilai pasaran.

Pada tahun 2024, Maxis dilaporkan berminat untuk mengambil alih U Mobile dalam usaha untuk mengembangkan pasaran meraka di negara Asia. Walau bagaimanapun, pengambilalihan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN