Syarikat Telekomunikasi popular iaitu Maxis dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih U Mobile Sdn Bhd.
Menurut laporan, Maxis dikatakan berminat untuk mengambil alih U Mobile dalam usaha untuk mengembangkan pasaran meraka di negara Asia. Perbincangan peringkat awal dikatakan telahpun dilakukan namun tiada maklumat lanjut yang dikongsi.
U Mobile meletakkan nilai jualan melebihi 10 billion ringgit dan ia mungkin akan menjadi penghalang terbesar untuk Maxis mengambil alih syarikat tersebut. Berikutan itu, tiada jaminan perjanjian tersebut akan berjaya dimuktamadkan.
Syarikat Telekomunikasi U Mobile mula ditubuhkan pada 2006. Pemegang saham utama pada ketika ini adalah ahli perniagaan Malaysia iaitu Tan Sri Vincetn Tan dan Temasek Holdings.
Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat mengenai pembelian atau pengambilalihan ini.