Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai pengharaman dan sekatan ke atas Karspesky Lab di Amerika Syarikat.
Tebaru, syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di Rusia mengesahkan yang mereka akan menutup operasi mereka di Amerika Syarikat bermula 20 Julai ini. Kaspersky menyatakan, keputusan itu dibuat selepas meneliti dan menilai kesan undang-undang ke atas syarikat mereka.
Berikutan dari itu, semua penjualan dan pelesenan tidak lagi boleh dibuat selepas 20 Julai iaitu selepas 30 hari sekatan dikenakan. Manakala, kemas kini perisian tidak lagi akan diterima selepas 29 September 2024.
Pengharaman dan sekatan ke atas Karspesky Lab adalah disebabkan oleh isu keselamatan negara. Menurut AS, hubungan rapat antara Karpersky dan Rusia mendedahkan mereka kepada risiko keselamatan negara.