Amerika Syarikat melalui Biro Industri dan Keselamatan (BIS) telah mengharamkan penjualan perisian yang dibangunkan oleh Karspersky Lab.
Pengharaman dan sekatan ke atas Karspesky Lab adalah disebabkan oleh isu keselamatan negara. Menurut AS, hubungan rapat antara Karpersky dan Rusia mendedahkan mereka kepada risiko keselamatan negara. Karspersky dikatakan berpotensi untuk memasang perisian istimewa yang membolehkan data atau maklumat sensitif diambil dari komputer pengguna di AS.
Selain itu, Karspersky berkemungkinan akan memasang perisian hasad dan tidak memberikan kemas kini kritikal sekaligus mendedahkan pengguna kepada ancaman siber.
Berikutan dari itu, semua penjualan dan pelesenan tidak lagi boleh dibuat selepas 20 Julai iaitu selepas 30 hari sekatan dikenakan. Manakala, kemas kini perisian tidak lagi akan diterima selepas 29 September 2024. Lebih teruk, perisian aplikasi yang mengintergrasikan perkhidmatan Karspesky turut diharamkan.