Close

Langganan YouTube Premium dibatalkan jika guna VPN

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan menyatakan langganan YouTube Premium dibatalkan sekiranya dikesan menggunakan VPN.

Terbaru, Google mengesahkan yang mereka mula menyekat langganan YouTube Premium melalui VPN. Berikutan dari itu, sekiranya pengguna dikesan memalsukan negara atau lokasi sebenar, Google akan meminta pengguna mengemas kini maklumat pengebilan mereka mengikut kepada negara atau lokasi sebenar mereka.

Selain itu, pengguna akan menerima e-mel atau notifikasi pemberitahuan melalui aplikasi mengenai pembatalan langganan. Teknik pembaharuan melalui VPN bukan perkara baru, ia dibuat bagi mendapatkan kadar langganan yang lebih murah berbanding negara asal pengguna. Sebagai contoh, harga langganan YouTube Premium di Malaysia bermula RM17.90 sementara di India adalah INR129 (RM7.30).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN