Seiring dengan pelancaran siri realme GT 6, realme turut memperkenalkan dua TWS baru iaitu Buds Air6 dan Air6 Pro. Tampil dengan spesifikasi yang lebih baik dan rekaan yang lebih menarik.

realme Buds Air6 Pro merupakan TWS paling premium dalam siri kali ini. Hadir dengan sistem Dual Driver yang menyokong satu driver bass 11mm dan satu tweeter bersaiz 6mm. Melaluinya, ia menjanjikan pengalaman audio yang lebih baik dan lebih jelas. Turut hadir dengan fungsi ANC sehingga 50dB yang menyokong kemampuan adaptif mengikut kepada keadaan sekeliling.
Selain itu, iai turut menyokong sokongan code LDAC, audio spatial 360° dan juga personalized audio algorithm. realme Buds Air6 Pro ini mampu bertahan sehingga 7.5 jam tanpa pod pengecas dan 28 jam dengan pod pengecas. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP55 dan Google Fast Pair.

Manakala untuk realme Buds Air6, ia hadir dengan driver Mega Titanizing 12.4mm yang dilengkapi dengan ANC sehingga 50dB dengan fungsi adaptif yang boleh diubah mengikut kepada keadaan sekeliling.
realme Bids Air6 turut dilengkapi dengan Audio Hi-Res dan juga code LHDC 5.0. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 6.5 jam tanpa pod pengecas dan 26 jam dengan pod pengecas. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP55 dan Google Fast Pair.


Di Malaysia, realme Buds Air6 dijual pada harga RM299 dan realme Buds Air6 Pro pula dijual pada harga RM399. Bagi yang berminat, TWS ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia.