Apple Vision Pro generasi ke-2 mungkin tidak akan tiba dalam masa terdekat selepas Apple dilapor telah menghentikan pembangunan peranti tersebut.
Menurut laporan, Apple dikatakan telah menghentikan pembangunan Vision Pro 2 kerana memfokuskan kepada pembangunana set kepala realiti yang lebih mampu milik. Set kepala realiti mampu milik ini dijangka akan diperkenalkan sekitar tahun 2025.
Seperti namanya, set kepala realiti mampu milik ini mungkin hadir dengan beberapa perubahan untuk mengurangkan kos. Antara perubahan yang mungkin akan dilakukan adalah tiada sokongan fungsi EyeSight. EyeSight adalah paparan OLED yang menggabungkan sensor kamera dan penderia pada set kepala realiti.
Pada ketika ini, Vision Pro dijual pada harga mencecah sehingga ($3899) RM18K bergantung kepada konfigurasi storan. Untuk Vision Pro mampu milik, Apple menyasarkan harga jualan sekitar $1500 (RM7000). Dengan harga jualan yang lebih murah, segmen set kepala realiti dapat berkembang dengan lebih pantas dan lebih meluas.