Close

Siri realme GT 6 tiba di Malaysia – Harga bermula RM2399

realme Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu realme GT 6 dan GT 6T.  Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa bersama dengan rekaan yang lebih menarik.

realme GT 6 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX882 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Bateri 5500mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 120W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, penarafan IP65, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Manakala untuk realme GT 6T, ia dilengkapi dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-ini dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, 2160Hz PWM Dimming dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-600 + 8MP Ultra Lebar dan 32MP swafoto. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W yang mampu mengecas dari 1% ke 50% hanya dalam 10 minit. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti Bluetooth 5.4, WiFi 6, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2.

Di Malaysia, realme GT 6T dijual pada harga RM2399 (12GB + 256GB) manakala realme GT 6 pula dijual pada harga RM2599 (12GB+ 256GB) dan RM2899 (16GB + 512GB). Bagi yang berminat, anda boleh membeli realme GT 6T dengan harga promosi RM1999 pada 21 hingga 27 Jun. Manakala untuk realme GT 6 pula, ia boleh mula dibeli bermula 21 Jun hingga 31 Julai. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma Techlife Watch A1 dan jaminan skrin selama setahun.

ARTIKEL BERKAITAN