OPPO Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk peranti mereka yang seterusnya iaitu siri Reno12 yang dijadualkan pada 27 Jun 2024. Dua pilihan model akan diperkenalkan pada acara tersebut iaitu Reno12 dan Reno12 Pro.
Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh OPPO Malaysia buat masa ini. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan ia akan hadir dengan spesifikasi hampir sama seperti pasaran China. Sekiranya benar, Reno12 akan dikuasakan dengan cip Dimensity 8250 manakala Reno12 Pro pula dikuasakan dengan cip Dimensity 9200+.
Selain itu, siri Reno12 akan hadir dengan rekaan yang lebih baik dan menarik berbanding model sebelumnnya. Tidak ketinggalan, siri Reno12 akan turut dilengkapi dengan fungsi kecerdasan buatan (AI) seperti AI Potrait Expert, AI LinkBoost dan BeaconLink.
Maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.