Samsung hanya akan menggunakan satu pilihan cip sahaja pada siri Galaxy S25. Bermaksud, semua model Galaxy S25 akan menggunakan cip dari Qualcomm yang berkemungkinan Snapdragon 8 Gen 4.
Qualcomm will likely be the sole SoC supplier for the Samsung Galaxy S25 (vs. 40% for the S24), as the Exynos 2500 may not ship due to Samsung's lower-than-expected 3nm yield.
— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) June 17, 2024
In addition to the significant increase in supply share, Qualcomm's Snapdragon 8 Gen 4 will see a price…
Menurut laporan, Samsung tidak akan menggunakan cip Exynos 2500 pada siri Galaxy S25 berikutan cip tersebut tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Teknologi binaan 3nm dari Samsung dikatakan tidak setaraf dengan teknologi binaan 3nm yang digunakan oleh TSMC. Selain itu, TSMC merupakan pembekal eksklusif bagi Qualcomm.
Ini bukanlah kali pertama Samsung menggunakan satu pilihan cip sahaja untuk siri Galaxy S. Pada Galaxy S23 semua model menggunakan cip Snapdragon. Namun pada siri Galaxy S24, Samsung menggunakan dua pilihan cip iaitu Exynos dan Snapdragon.
Namun begitu, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Walaubagaimanapun, ia sesuatu yang menarik berikutan kebanyakkan pengguna lebih menyukai cip dari Qualcomm berbanding Exynos.