Close

TikTok perkenalkan Whee – Mirip seperti Instagram?

TikTok secara rasmi memperkenalkan aplikasi baru iaitu Whee. Aplikasi ini memfokuskan kepada perkongsian gambar dan boleh dikatakan mirip seperti Instagram.

Whee membolehkan pengguna memuat naik gambar melalui galeri atau merakam menggunakan kamera dan berkongsi secara terus melalui aplikasi. Whee tidak menyokong caption untuk gambar yang dimuat naik dan pengguna hanya boleh berinteraksi melalui komen atau menghantar mesej peribadi. Untuk perkongsian gambar, hanya terdapat 2 pilihan sahaja iaitu Friends dan Only you.

Buat masa ini, tidak banyak fungsi menarik yang dibawakan oleh Whee. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak fungsi menarik yang akan diperkenalkan oleh TikTok pada aplikasi ini. Selain itu, aplikasi ini hanya tersedia di beberapa negara terpilih sahaja termasuk Malaysia.

Aplikasi ini boleh digunakan dengan akaun TikTok sedia ada. Sekiranya berminat untuk mencuba aplikasi ini, ia boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

ARTIKEL BERKAITAN