Close

Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan 12GB RAM

Sebelum ini, Xiaomi telahpun mendedahkan yang mereka akan memperkenalkan dua peranti lipat baru mereka iaitu MIX Fold 4 dan MIX Flip pada bulan ini. Menariknya, MIX Flip akan menjadi fon lipat jenis clamshell pertama yang akan diperkenalkan oleh Xiaomi.

Terbaru, skor penanda aras Geekbench milik MIX Flip telah tertiris. Sekaligus, mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Peranti tersebut dikesan menggunakan nombor model 2405CPX3DC. Skor penanda aras turut disenaraikan dengan 2087 untuk teras tunggal dan 6282 untuk berbilang teras.

Perkongsian tersebut turut mendedahkan cip dan konfigurasi RAM yang digunakan oleh MIX Flip. Peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM. Selain itu, ia akan menjalan sistem opeasi berasaskan Android 14.

Spesifikasi lain buat masa ini masih lagi tidak diketahui. Namun, menurut beberapa laporan MIX Flip akan dilengkapi dengan teknologi dua sel bateri, kamera Leica dan menyokong pengecasan pantas 67W.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN