Close

Rekaan siri Google Pixel 9 tertiris – Guna skrin rata dan rekaan berkotak

Laporan mengenai rekaan siri Google Pixel 9 telahpun tertiris sejak Januari lalu. Namun, berbeza pada kali ini rekaan siri Google Pixel 9 didedahkan secara sepenuhnya dan lebih terperinci.

Berdasarkan dari laporan tersebut, mengesahkan yang Google akan memperkenalkan 4 pilihan model iaitu Pixel 9 (GUR25), Pixel 9 Pro (GEC77), Pixel 9 Pro XL (GZC4K) dan Pixel 9 Pro Fold (GGH2X). Laporan tersebut turut mendedahkan beberapa maklumat lain mengenai siri Google Pixel 9.

Google Pixel 9
Google Pixel 9 Pro

Google Pixel 9 Pro XL

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, rekaan bagi Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL dilihat sama cuma dibezakan dengan beberapa spesifikasi seperti saiz skrin, bateri, pengecasan dan juga kemampuan kamera. Semua model tampil dengan skrin jenis rata bersama rekaan sisi jenis rata. Terdapat dua jenis kemasan yang akan digunakan iaitu jenis berkilat dan kesat.

Namun berbeza dengan Pixel 9 Pro Fold, ia tampil dengan perubahan ketara berbanding Pixel Fold. Pixel 9 Pro Fold dilihat menggunakan bingkai skrin yang lebih nipis dan rekaan kamera belakang yang berbeza. Tidak ketinggalan, peranti ini mempunyai kesan lipatan yang lebih minimal dan boleh dibuka dengan lebih rata berbanding model sebelumnya.

Google telahpun menjadualkan acara pelancaran siri Google Pixel 9 pada 13 Ogos. Jadi, sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN