Close

3 ciri Galaxy AI yang banyak digunakan pada peranti Samsung

Semasa kami di Paris, Perancis untuk acara Samsung Unpacked yang perkenalkan Galaxy Z Series terbaru, kami sempat wawancara individu yang bertanggung jawab untuk inovasi produk dan servis komunikasi mudah alih Samsung iaitu Patrick Chomet Bio (Naib Presiden Eksekutif).

Menurut beliau, terdapat lebih 100 juta peranti Samsung yang sudah pun menggunakan ciri Galaxy AI setakat ini dan jumlah ini mungkin akan bertambah hingga 200 juta pengguna menjelang hujung tahun 2024.

Memandangkan ciri Galaxy AI telahpun diperkenalkan pada Galaxy S24 Series dan beberapa model Galaxy yang terpilih, terdapat fungsi yang pada pendapat kami betul berguna dan ada juga yang kurang digunakan.

Dalam sesi tersebut, antara soalan yang kami ajukan adalah tentang ciri Galaxy AI terbaik apakah yang paling banyak digunakan oleh pengguna peranti Samsung setakat hari ini.

Berikut antara 3 ciri yang banyak digunakan oleh pengguna peranti Samsung Galaxy :

  1. Circle-to-Search : Membolehkan pengguna melakukan carian dengan lebih mudah. Pengguna hanya perlu membuat isyarat gerak (circle) pada imej atau teks dan ia akan memaparkan hasil carian berdasarkannya. Menariknya, fungsi ini tidak memerlukan pengguna bertukar aplikasi.
  1. Chat Assist (Writing Assist) : Membantu pengguna dalam menterjemahkan perbualan dalam masa nyata sekaligus dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih baik.
  1. Live Translate / Photo Assist : Untuk Live Translate, ia membolehkan panggilan telefon yang diterima dialih bahasa dalam masa nyata. Manakala Photo Assist, membolehkan pengguna melakukan suntingan imej menggunakan keupayaan AI.

ARTIKEL BERKAITAN